Thursday, 1 December 2011

Jogja Vol. 6 - Edu Hostel

Penginapan: Edu Hostel
Tarikh penginapan: 10 - 15 November 2011
Alamat: Jl. Let Jen Suprapto, 17, 55261 Yogyakarta
Telefon: +62 274 8522 882

Web reference: Facebook Edu Hostel Jogja & Booking.com - Edu Hostel

Gambar-gambar yang di dapati dari laman-laman web untuk rujukan:
Lokasi Edu Hostel. Berdekatan Jl Kiai Ahmad Dahalan


Edu Hostel, secara am nya apa yang di gambar ini, begitulah rupanya :)
Kami buat booking thru phone, ambil 'Dorm Room' untuk 4 orang. Harga per katil adalah Rp70,000 (+/- RM25). Jadi untuk satu bilik adalah Rp280,000 (+/-RM100) satu malam. Not bad-lah kan? Bilik kami dapat adalah 201 - Lantai 2, kamar nomor 1 yang mana menghadap jalan. Tingkat 2 sepertinya kamar untuk perempuan semua. Edu Hostel sediakan kamar dorm yang terbahagi lelaki-perempuan (hilang peluang nak sebilik dengan bule ganteng haha).. Setelah minta seorang teman surveykan lokasi, tanpa was-was terus buat phone booking (kalau booking online muahal booo! hehe)

Kebaikannya duduk di hostel ini adalah, setiap almari tu ada satu plug point. Jadi, tak perlu berebut-rebut nak guna plug. Belum lagi ada 1 extra plug point di dinding. Jadi, 5 plug point dalam bilik kami. Yeay. 

Bilik 201 kitorang ni sangat luas, not sure untuk bilik yang lain. Depan katil kami tu, adalah sekitar 15-20 tapak kaki untuk letak barang-barang. Jadi, memang bersepah-sepah aje la. Disebabkan katil atas tu agak gayat, Rainoks tarik katil tidur kat lantai. Hehe.. Terbayangkan keluasannya tak? :D Tak boleh nak tunjuk exact plan bilik kami memandangkan tiada sama sekali foto bilik dari pintu masuk. 4 kamera, satu pun tak amik foto! Haha.

Fakta yang lain-lain:
- Edu Hostel baru dibuka Oktober yang lalu.
- Sangat amat sangat bersih!
- Kamar yang sangat luas (re: kamar 201)
- 2 shower, 1 tandas duduk
- ruang nonton tv-nya keren. boleh tido kot kat situ rasanya.
- ada aircond setiap kamar

Kamar kami - pic credit booking.com

Kamar kami dengan model-model

Dan rasanya malam pertama kat situ macam tiada orang lain yang menginap, hanya kami sahaja. Heuheuehue hostel baru, jadi belum ramai tamu agaknya.. Sebab malamnya tiada orang lain, sempat la pose di lobi seperti di bawah ini hahaha :p

Pose Cleopatra :P
Sekian review hostel yang tak seberapa. Kalau ke sini lagi, rasanya akan book hostel ni juga. Teringin nak berjalan-jalan dari hostel menuju Malioboro melawati Jl Kiai Ahmad Dahlan (banyak toko baju muslimah area situ masalahnya :p hehehehe)

*All pics credit to booking.com, google.com dan teman-teman terchenta! :D

 

3 komentar:

Aidura Sofiee said...

sebuah pose ala-ala Cleopatra yg unik banget. ;)

Cah Ayu said...

hahaha makasih :D

MasZuber said...

ayu memang unik!

babe, sila gigih lagi rajin menyambung post ok!