Dah sampai, parking, menuju KIPPAS (Kios Pembaharuan Pasport), eh IC belum sempat photostate. So singgah kedai sebelah, sambil borak dengan kakak tu.. Sambil fotostetkan IC saya dia kata, "Dik, Imigresen sini dah tutup, semua ofis dah pindah Jalan Duta"
DANG! Harap maklum, Imigresen di Pusat Bandar Damansara dah tutup ya (ke orang dah tau, aku je yang tak tau eh?) Keciwa sekejap. Bayar fotostet 40sen dah terus masuk kereta menuju ofis.
Sampai ofis terus cari-cari tahu Pejabat Imigresen Jalan Duta. Ofismet kata, pegi Terminal Subang, 30 minit dah boleh siap. Tapi nak pegi sana tu... Bercinta rasanya. Tengah-tengah surfing tu sekali nampak tulisan myONLINE Pasport!
Apa lagi, terus klik la kan. Yippie!
Cara nak renew sangat-sangat-sangat mudah!
1 - Pergi ke portal rasmi Imigresen - http://www.imi.gov.my/index.php dan klik myONLINE Pasport seperti di atas, atau langsung ke website myONLINE Pasport - https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport?action=welcome&lang=ms&type=26&module=passport
2 - Baca Terma dan Syarat untuk online passport renewal
Yang penting:
Sekiranya maklumat yang diberi oleh pemohon ketika mengisi borang permohonan MyONLINE*PASPORT adalah salah atau kurang tepat dan tidak mengikut TERMA dan SYARAT ini akan membolehkan 'PERMOHONAN DITOLAK’ dan ‘BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN’
Kalau okay (of course la okay kan -__-"), klik butang SETUJU
3 - Dah setuju, page bawah ni akan terpapar. Pilih kategori permohonan dan masukkan No. Passport yang lama dan juga nombor kad pengenalan.
Tekan - CARI
Lepas tekan cari, semua maklumat yang sebelum ni ada di passport sedia ada akan terpapar dengan jayanya (pergh, sungguh bahasa melayu berjaya!)
4 - Upload gambar berukuran passport yang menepati citarasa imigresen (e.g. background biru muda dll) dan isi ruangan yang berpatutan, update info terkini (alamat, status, etc) dan klik apa-apa yang patut seperti yang dalam box merah di bawah:
| Abaikan wajah konon suci tersebut |
| Boleh pilih lokasi nak pungut passport - lokasi di seluruh Malaysia! Hebat kan? Kalau rasa-rasa nak pungut kat Sabah, klik Sabah yea :P |
p/s: setakat tadi, pembayaran melalui FPX tidak dibenarkan sebab dalam penyelenggaraan. So, bayar pakai credit card sahaja yang boleh :)
Dah okay semua data? dah update ke status berkahwin? okay, fine. tekan butang KEMASKINI.
5 - Lepas proses pembayaran diterima dan selesai, page bawah akan appear. CETAK RESIT.
Dalam resit akan maklumkan masa pungutan dan dokumen yang perlu dibawa sewaktu nak 'memungut' passport baru iaitu - Kad Pengenalan, Resit yang dicetak tadi, dan juga pasport asal.
Dah settle urusan renew passport! YEHA!
Mudah kan? SANGAT MUDAH DAN PANTAS DAN JIMAT KOS PARKING, MINYAK, MASA!
So, selamat renew passport online :D dan semoga passport saya sukses dipungut petang ini tanpa sebarang masalah.
p/s: Tadi ada yang tanya, untuk pasport baru boleh apply juga ke? Rasanya macam tak boleh sebab step ketiga tadi kena masukkan nombor passport yang lama. So, untuk permohonan baru kena beratur juga nampak gayanya (kalau salah, tolong betulkan yea).
Wassalam.
(masih berhutang entry groupie tegar -__-")
2 komentar:
This is very useful info! Thanks for writing it so clear!
most welcome cecilia! ;)
Post a Comment