14 November 2011, Senin
Malam sebelumnya antara nak dan tak nak ke Merapi. Sebab dah hari terakhir, tapi kami tak terjah pasar beringharjo dan mall sama sekali! Takut tak sempat nak habiskan duit yang berjuta rupiah tu haha. Tapi Mas Dhani kata, kalau ikut cuaca malam tu (Ahad), insyaAllah besok cerah. Tapi kalau pagi buta tu hujan, tak payah pergi. Dah la dia kata, nak pergi kena awal pagi. Seawal sesudah solat Subuh, bukan habis waktu Subuh. Which, Subuh sana adalah masuk jam 4 pagi (WIB), jam 5 pagi Malaysia. Hamik! Memang berat hati sunggoh la bangun pagi tu. Hari-hari sebelum tu agenda semua start pukul 7 WIB, dan-dan pulak hari akhir kena awal pagi, mana tak malas kan? Maka, pukul 4 WIB Mas Dhani dah buat wake up call.. dasar anak-anak dara bangun lambat.. huehuehue nasib baik ada abang yang kejut :P
Jadi, dengan terpisat-pisat la kami turun dengan bekalan hanya cuci
muka dan gigi HAHA dah sepakat, semuanya kena sama, biar adil, jangan
sorang pun lebih! :P Tapi secara agak lambat masing-masing melangkah,
agak dah cerah juga baru sampai Merapi..
 |
| Pemandangan yang menyambut kami pagi itu~ |
Seterusnya, silahkan menikmati pemandangan Merapi yang terindah pernah saya saksikan pada lawatan saya yang ke-enam ke Jogja ini :D (dan a lot of foto narsis juga, of course :D)
 |
| Ni captured dah on the way back, banyak asap putih dikeluarkan. View bertambah superb. |
 |
| Seperti belahan pant** kata mereka hoho (**punggung) |
 |
| Close up belahan |
 |
| Mural sedih, terakhir pergi Januari, lukisan ini masih belum ada. |
 |
| Sedih melihat runtuhan... |
 |
| Adik kecil yang sedih juga.. |
 |
| Di kawasan tapak rumah Mbah Maridjan |
|
|
 |
| Tugu Laskar Merapi :P |
Kami menghabiskan waktu dalam 2 jam juga kat atas sana. Bergambar, ngobrol-ngobrol, bergambar lagi, pindah tempat lepak, sempat minum pagi di gerai yang dah bukak, dan borak-borak lagi. Serius, kalau ada yang nak pergi, pergilah pagi-pagi seperti ini. Lebih aman, lebih nyaman, tak ramai orang. Semacam riadhah juga. Sangat menyihatkan dengan udara yang segar dan aktiviti mendaki bukit :)
Terima kaseh banyak-banyak travel mates yang sudi mengikut tourist guide yang tidak berilmu ini - Iiman, Diana dan Kak Raina. Semoga kalian semua had fun dengan trip ini :D
0 komentar:
Post a Comment