Monday, 17 October 2011

Ceritera v1.1 (the end)


Ceritera sebelumnya - cerita pendek kisah kecil 1.0

Mau tau keputusan ibu itu? Inilah kisah selanjutnya :D

Maka, sebulat tekad setalah menimbang tara dan tanpa kompromi *apasih*, Ibu muda itu menolak untuk menandatangani dokumen izin bedah. Taknak mengambil resiko kalau anaknya nanti akan lumpuh (baca lagi sekali: pengetahuan pada waktu itu yea, ambil air tulang belakang akan memungkinan anak untuk lumpuh, apatah lagi anak kecil).

Agaknya doktor tu doktor muda, darah muda, mudah naik darah, dengan tanpa perasaan dia mengungkapkan:


"Kalau puan tak setuju, selepas ini kalau terjadi apa-apa, jangan salahkan kami!"

Wahh.. sang Ibu yang rasa tercabar, dan juga masih berdarah muda pon sama mudah tersinggung langsung balas:

"Ini anak saya, kalau bukan saya ibunya yang bertanggungjawab, siapa lagi?"

Haa.. tang ayat ni lah yang buat gua tangkap leleh ni. Tiap kali dengar cerita pun konfem sebak! Dan airmata pon jatuh... tapi jatuh mengalir dalam hati aje la hehehe kaver beb :P ini ayat ni kalau masuk drama pon sure jadi the best script lah! huuuuuu.. I LOVE U MAMA!

Jadi, drama berakhir di situ. Kanak-kanak yang kecil itu yang jelas adalah saya. Alhamdulillah, bertumbuh besar, sehat dan sehat juga berat badannya hehe Can't imagine kalau Mama sign dan benarkan.. Mungkin saya itu bukan saya yang sekarang, sebab orang sentiasa kata - apa yang kita percaya, itulah yang akan terjadi. Kan? We never know.

Ouh, sambung sikit. Habis di bawa pulang rumah, masih lagi ingin dirawat memandangkan saya belumn recover. Jadi family ikut cara tradisional. Mama cakap 'Atok Israel' yang recommendkan dan bawa saya untuk rawatan tradisional yang pakai telur sahaja. Alhamdulillah dengan izin Allah, cepat sahaja saya sembuh selepas itu.

Syukur. Tak terhingga syukur saya setiap kali mendengar cerita Mama yang ini.

The end.


Oh yea, rujukan & bacaan lanjut tentang 'ambil air tulang belakang' atau Lumbar Puncture boleh refer di bawah:
http://en.wikipedia.org/wiki/Lumbar_puncture
http://sekadarrujukan.blogspot.com/2011/05/cucuk-air-tulang-belakang-lumbar.html
https://www.facebook.com/topic.php?uid=80687412821&topic=18683

4 komentar:

MasZuber said...

eh cite ape pula nie..?

Cah Ayu said...

cerita zaman dulu, sila baca previous post yea :P

Hidayati Farhan said...

kak ayu, haiii. kenal lagi ke? ish, mesti da x igt da ni. kita yati, zaman sheilagank dulu, pi tgk konsert bagai. hehehe, igt ke? fans SO7 yg tegar itu :)

Cah Ayu said...

alamak, tak ingat! tapi takpe, let's reunite again! :D dulu chat kat irc ke? :D kami sampai sekarang masih tegar hehehehe